✦ Panduan Rasmi Persediaan
Panduan Lengkap e-UKCG
Nota strategi psikometrik, profil guru ideal, 30 soalan tricky, senarai semak, dan simulasi ujian 180 soalan untuk calon guru KPM.
180
Soalan simulasi
9
Bab nota
30
Soalan tricky
45
Minit masa ujian
Formula Lulus
Jujur
+
Konsisten
+
Berwatak Guru
+
Stabil Emosi
=
✓ Lulus e-UKCG
Disediakan oleh
Ts. Ruzairie Ab Rashid
Bab 1
Format & Struktur Ujian e-UKCG
e-UKCG adalah ujian psikometrik dalam talian sepenuhnya. Ia tidak menguji pengetahuan akademik — sebaliknya ia menilai inventori peribadi, kestabilan emosi, dan kesesuaian anda sebagai pendidik.
180
Jumlah soalan
45
Minit keseluruhan
≈15s
Masa per soalan
2×
Had RESET
Bahagian A
120 Soalan
Format Ya / Tidak · 30 minit
Fokus: EQ, Integriti, Daya Tahan Stres
Fokus: EQ, Integriti, Daya Tahan Stres
Bahagian B
60 Soalan
Skala Likert 4 pilihan · 15 minit
Fokus: Kepimpinan, Kerjasama, Minat Profesion
Fokus: Kepimpinan, Kerjasama, Minat Profesion
⚠ Peraturan Penting
Setelah butang pengesahan dihantar bagi setiap bahagian, anda tidak boleh kembali untuk menyemak atau menukar jawapan, walaupun masih terdapat baki masa. Ujian hanya dilakukan dalam satu sesi sahaja. Tiada peluang ulangan jika masa tamat.
ℹ Cara Log Masuk
Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan (IC) dan kata laluan pada tarikh yang dijadualkan. Pertukaran tarikh tidak dibenarkan. Anda perlu memasukkan berat (kg) dan tinggi (cm) sebelum memulakan ujian dan mengesahkan bahawa semua jawapan adalah hasil sendiri.
Bab 2
Profil Guru Ideal KPM
KPM tidak mencari kesempurnaan — mereka mencari personaliti yang sesuai untuk mendidik generasi akan datang. Jawab dengan pemikiran selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan konstruk Big Five Personality.
Panggilan Jiwa (Vocation)
Menganggap kerjaya perguruan sebagai panggilan mulia, bukan sekadar mencari pendapatan. Sanggup berkhidmat walaupun gaji rendah atau ditempatkan di kawasan pedalaman.
Stabil Emosi & Sabar
Tahan dengan kerenah murid, tidak mudah putus asa, dan tenang menerima teguran pentadbir. Mampu mengasingkan tekanan profesional daripada kehidupan peribadi.
Integriti Tinggi
Mematuhi prosedur dan hierarki sekolah, melindungi harta awam, jujur, dan bertindak mengikut SOP — bukan mengikut emosi atau tekanan rakan.
Minda Berkembang (Growth Mindset)
Terbuka kepada teknologi PdP baharu, menerima teguran dengan positif, melihat kegagalan sebagai peluang belajar, dan menghargai pembelajaran berterusan.
Semangat Kerjasama
Selesa bekerja berpasukan, bersedia melaksanakan tugas luar skop hakiki demi kepentingan sekolah, dan menghargai pandangan rakan sejawat walaupun lebih muda.
Utamakan Murid
Mendidik semua murid tanpa diskriminasi, percaya setiap kanak-kanak boleh berjaya dengan bimbingan betul, dan meletakkan kebajikan murid sebagai keutamaan utama.
✗ Sifat Yang Perlu Dielakkan
Malas · Mementingkan diri · Emosional & mudah marah · Autokratik/terlalu dominan · Suka menyalahkan orang lain · Menghukum murid secara melulu tanpa prosedur · Membocorkan maklumat murid · Enggan menerima teguran
Bab 3
Format Jawapan
Memahami format jawapan adalah penting untuk strategi menjawab. Bahagian A dan B menggunakan format yang berbeza dan masing-masing menguji dimensi psikometrik yang berlainan.
Bahagian A — Ya / Tidak
Setiap penyataan menggambarkan situasi atau perasaan. Pilih Ya jika menggambarkan anda, atau Tidak jika tidak menggambarkan anda. Tiada pilihan tengah.
Ya
Menggambarkan diri saya
Pilih apabila penyataan itu tepat dan selari dengan personaliti serta nilai anda sebagai pendidik.
Tidak
Tidak menggambarkan diri saya
Pilih apabila penyataan itu tidak tepat atau bercanggah dengan nilai dan personaliti anda.
Bahagian B — Skala Likert 4 Pilihan
Tiada pilihan "Sederhana" atau "Neutral". Anda dipaksa membuat pendirian yang jelas ke arah Setuju atau Tidak Setuju.
SS
Sangat Setuju
⭐ Merit tertinggi
S
Setuju
Merit sederhana
TS
Tidak Setuju
Merit sederhana
STS
Sangat Tidak Setuju
⭐ Merit tertinggi
✓ Strategi Merit Tertinggi
Pilih SS atau STS apabila anda yakin sepenuhnya — ini menunjukkan pendirian tegas dan berkeyakinan. Gunakan S atau TS hanya apabila situasi benar-benar memerlukan sedikit kelonggaran yang realistik. Jangan sekali-kali memilih arah yang bertentangan dengan nilai guru ideal.
Bab 4
Perangkap Ujian Yang Mesti Dielakkan
Algoritma e-UKCG sangat cekap mengesan calon yang tidak jujur. Terdapat 4 perangkap utama yang menyebabkan ramai calon gagal tanpa menyedarinya.
🔴 Perangkap 1 — Ketekalan (Inconsistent Responding)
Sistem mengulang soalan yang sama atau serupa secara tersirat sepanjang ujian. Terdapat soalan yang diulang bulat-bulat pada nombor berbeza (cth: soalan 8 = soalan 39). Apabila hanya ada 15 saat per soalan, hampir mustahil untuk menghafal jawapan lepas. Calon yang mereka-reka jawapan pasti akan bercanggah.
Strategi: Jawab jujur dari awal. Jika anda jujur, anda akan kekal konsisten secara automatik tanpa perlu mengingati apa-apa.
Strategi: Jawab jujur dari awal. Jika anda jujur, anda akan kekal konsisten secara automatik tanpa perlu mengingati apa-apa.
🔴 Perangkap 2 — Fake Good (Terlalu Sempurna)
Jangan pilih SS atau Ya untuk setiap soalan positif secara membuta tuli. Algoritma mengesan profil yang terlalu ideal dan tidak realistik. KPM tidak mencari manusia sempurna — mereka mencari guru yang matang, jujur, dan seimbang. Menjawab terlalu ideal juga meningkatkan risiko memberikan jawapan bercanggah kemudian.
Strategi: Jawab jujur tetapi tunjukkan kematangan pendidik dalam setiap pilihan.
Strategi: Jawab jujur tetapi tunjukkan kematangan pendidik dalam setiap pilihan.
🔴 Perangkap 3 — Extreme Neutral (Tiada Pendirian)
Bahagian B tidak mempunyai pilihan neutral — anda MESTI memilih arah. Dalam Bahagian A pula, calon yang kerap memilih jawapan "selamat" tanpa pendirian jelas ditafsirkan sebagai kurang keyakinan diri. Merit tertinggi diberikan kepada mereka yang berani berpendirian dengan tegas.
Strategi: Berani buat keputusan. Guru yang baik tahu apa yang dia percaya dan tidak ragu-ragu.
Strategi: Berani buat keputusan. Guru yang baik tahu apa yang dia percaya dan tidak ragu-ragu.
🔴 Perangkap 4 — Jawapan Ekstrem Negatif
Sebaliknya, elakkan jawapan yang menggambarkan anda sebagai terlalu emosional, pasif, malas, autokratik, atau suka menghukum tanpa prosedur. Contoh bahaya: bersetuju dengan "saya akan menengking murid" atau "masa rehat saya tidak boleh diganggu".
Strategi: Sentiasa tanya diri — adakah jawapan ini menggambarkan guru yang matang dan profesional?
Strategi: Sentiasa tanya diri — adakah jawapan ini menggambarkan guru yang matang dan profesional?
⚠ Soalan Kewarasan Mental
Sistem akan mengemukakan soalan pelik seperti "Saya pernah mendengar bisikan atau melihat kelibat bayangan". Ini bukan soalan tentang kepercayaan — ia adalah ujian kesihatan mental. Jawab dengan tegas: Tidak / STS. Guru perlu menunjukkan kesihatan mental yang kukuh dan stabil.
Jujur
+
Konsisten
+
Berwatak Guru
+
Stabil Emosi
=
✓ Formula Lulus e-UKCG
Bab 5
Strategi Menjawab
Strategi yang betul bukan tentang menghafal jawapan — tetapi tentang memahami pola pemikiran seorang guru yang ideal dan menjawab secara semula jadi dari perspektif tersebut.
Strategi Mengurus Masa
0:00 — 0:05 (5 minit pertama)
Baca arahan dengan teliti. Tarik nafas, tenangkan diri. Jangan tergesa-gesa. Set minda anda sebagai seorang guru yang matang dan profesional sebelum mula menjawab.
0:05 — 30:00 (Bahagian A — 120 soalan)
Baca soalan sekali, jawab spontan. Jangan berfikir lebih dari 10 saat. Kepercayaan diri pertama anda biasanya yang paling tepat. Kadar ideal: 1 soalan setiap 15 saat.
30:00 (Hantar Bahagian A)
Setelah menekan butang pengesahan, Bahagian A tidak boleh diubah. Berehat sebentar (5-10 saat), tarik nafas, dan bersiap untuk Bahagian B.
30:00 — 45:00 (Bahagian B — 60 soalan)
Format Likert memerlukan sedikit lebih pertimbangan. Namun kekalkan kadar 15 saat per soalan. Ingat: SS/STS untuk penyataan yang anda yakin sepenuhnya.
45:00 (Hantar Ujian)
Selesaikan Bahagian B dan hantar sebelum masa tamat. Jika ada soalan yang belum dijawab, isi dengan pilihan yang paling menepati nilai guru ideal.
Set Minda Semasa Menjawab
✓ Lakukan Ini
· Jawab spontan berdasarkan naluri pertama
· Bayangkan diri anda sebagai guru berpengalaman
· Kekalkan pendirian yang konsisten sepanjang ujian
· Tunjukkan empati terhadap murid dalam setiap jawapan
· Utamakan kebajikan sekolah dan pelajar
· Bayangkan diri anda sebagai guru berpengalaman
· Kekalkan pendirian yang konsisten sepanjang ujian
· Tunjukkan empati terhadap murid dalam setiap jawapan
· Utamakan kebajikan sekolah dan pelajar
✗ Jangan Lakukan Ini
· Jangan berfikir terlalu lama untuk setiap soalan
· Jangan cuba meneka "jawapan betul" yang terlalu sempurna
· Jangan menjawab mengikut apa yang orang lain buat
· Jangan biarkan rakan atau keluarga mempengaruhi jawapan
· Jangan panik jika terjumpa soalan yang keliru
· Jangan cuba meneka "jawapan betul" yang terlalu sempurna
· Jangan menjawab mengikut apa yang orang lain buat
· Jangan biarkan rakan atau keluarga mempengaruhi jawapan
· Jangan panik jika terjumpa soalan yang keliru
💡 Tip Psikologi Penting
Apabila terjumpa soalan tentang situasi konflik atau cabaran, sentiasa bayangkan reaksi guru yang paling matang dan profesional — bukan reaksi emosi semasa. Contoh: jika murid biadab, guru ideal tidak akan marah balik, tetapi akan bertindak mengikut prosedur dan mengekalkan ketenangan.
Bab 6
30 Soalan Tricky & Jawapan Ideal
Soalan-soalan ini direka untuk menguji ego, emosi, dan integriti anda. Pelajari corak soalan dan memahami MENGAPA setiap jawapan itu ideal — bukan sekadar menghafal.
Jawapan ideal ditanda dengan warna. Hijau = jawapan terbaik
Kumpulan A — Emosi & Kesabaran
Saya suka bekerja dan meluangkan masa bersama kanak-kanak.
Ya ✓
Tidak
Asas minat menjadi guru. Soalan ini diulang secara tersirat — pastikan konsisten sepanjang ujian.
Saya mudah rimas dengan karenah kanak-kanak yang hiperaktif.
Ya
Tidak ✓
Berpasangan dengan S1. Jika anda suka kanak-kanak, anda tidak boleh mudah rimas. Jawapan bercanggah = gagal algoritma.
Apabila berhadapan dengan tugas yang banyak, saya cepat putus asa dan hilang arah.
SS
S
TS
STS ✓
Tolak dengan tegas (STS) untuk tunjukkan resilience yang tinggi. Sekadar TS menunjukkan anda kurang yakin dengan ketahanan diri sendiri.
Kegagalan menjadikan saya seorang yang lebih tabah dan bersemangat untuk mencuba semula.
SS ✓
S
TS
STS
Ciri growth mindset yang paling dicari KPM. Pilih SS dengan yakin.
Jika dikritik oleh pentadbir, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam.
SS
S
TS
STS ✓
Menguji keupayaan menerima teguran secara profesional. Membalas kritikan menunjukkan ego yang tinggi dan kematangan emosi yang rendah.
Saya rasa tertekan dan cemas jika Pengetua memantau saya semasa mengajar di kelas.
SS
S
TS
STS ✓
Menunjukkan kurang keyakinan diri atau ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Guru yang berkeyakinan tidak gentar dengan pemantauan.
Kumpulan B — Kerjasama & Kepimpinan
Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa saya.
SS
S
TS
STS ✓
Guru profesional sangat menghargai kolaborasi. Menolak perbincangan menunjukkan anda ego, tidak terbuka, dan tidak suka berkerjasama.
Saya sering menonjolkan diri untuk menjadi ketua dalam sesuatu persatuan atau aktiviti.
SS
S ✓
TS
STS
Pilih S (bukan SS). Kepimpinan yang seimbang — SS mungkin menggambarkan anda terlalu dominan dan autokratik. S menunjukkan inisiatif tanpa terlalu agresif.
Saya menganggap pandangan guru yang lebih muda atau baharu sebagai tidak matang dan kurang berguna.
SS
S
TS
STS ✓
Menunjukkan ego tinggi dan menutup pintu kepada pembelajaran. Guru ideal menghargai semua perspektif tanpa mengira pengalaman.
Saya akan membantu rakan guru menyelesaikan tugasan sekolah walaupun ia di luar bidang tugas hakiki saya.
SS ✓
S
TS
STS
Menunjukkan keikhlasan, semangat kerjasama, dan pengorbanan diri demi kepentingan sekolah — ciri-ciri yang sangat dinilai KPM.
Kumpulan C — Integriti & Etika
Saya rasa tidak selesa apabila rakan sekerja menggunakan alat dan sumber sekolah untuk kepentingan peribadi.
SS ✓
S
TS
STS
Menunjukkan pegangan moral yang kukuh dan tanggungjawab menjaga harta awam.
Saya menolak sesuatu tugasan tanpa rasa bersalah sekiranya ia tiada dalam senarai tugas rasmi saya.
SS
S
TS
STS ✓
Sikap "berkira" tugas sangat tidak menepati profil guru ideal. Guru profesional sedia melaksanakan tugas tambahan demi kepentingan sekolah.
Saya akan mematuhi arahan Guru Besar walaupun saya tahu arahan itu menyalahi etika dan integriti kerja.
SS
S
TS
STS ✓
SOALAN PERANGKAP! Kepatuhan tidak bermaksud menggadaikan integriti. Guru berintegriti perlu berani menolak arahan yang melanggar etika profesional.
Jika ternampak murid merokok di kawasan sekolah, saya akan terus menghukumnya tanpa merujuk kepada Guru Disiplin.
Ya
Tidak ✓
Guru mesti bertindak mengikut prosedur SOP dan hierarki pengurusan sekolah. Tindakan melulu tanpa prosedur adalah tidak profesional.
Masa rehat adalah hak peribadi mutlak saya dan murid tidak patut mengganggu saya untuk bertanya soalan pelajaran.
SS
S
TS
STS ✓
Pendidik yang baik sentiasa berkorban masa dan meletakkan kebajikan murid di hadapan kepentingan peribadi.
Menceritakan masalah disiplin murid di media sosial peribadi adalah hak kebebasan bersuara saya.
SS
S
TS
STS ✓
Guru dilarang membocorkan hal murid atau memburukkan imej institusi pendidikan. Ini melanggar etika profesional dan privasi murid.
Kumpulan D — Murid & Growth Mindset
Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik dan pandai sahaja.
SS
S
TS
STS ✓
Guru mesti bersedia mendidik SEMUA murid tanpa diskriminasi. Memilih murid menunjukkan anda tidak ikhlas menjadi pendidik.
Saya percaya semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk cemerlang jika diberi bimbingan yang betul.
SS ✓
S
TS
STS
Guru ideal adalah optimis dan menaruh kepercayaan tinggi terhadap potensi setiap pelajar tanpa pengecualian.
Penggunaan teknologi terkini (ICT) dalam PdP sering menyusahkan dan membuang masa persediaan mengajar.
SS
S
TS
STS ✓
KPM mahu guru yang inovatif dan bersedia menyahut cabaran Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21). Menolak ICT menunjukkan anda tidak bersedia berkembang.
Apabila dilantik sebagai guru, kelayakan akademik saya sudah memadai dan saya tidak perlu lagi menghadiri kursus profesional.
SS
S
TS
STS ✓
Bertentangan sepenuhnya dengan konsep pembelajaran berterusan (CPD). Guru yang berhenti belajar adalah guru yang gagal berkembang.
Kumpulan E — Vocation & Komitmen
Saya sanggup menjadi guru walaupun gaji permulaan kurang daripada RM500 sebulan.
SS ✓
S
TS
STS
Ujian tahap vocation tertinggi. KPM mencari mereka yang meletakkan minat mengajar mengatasi nilai kewangan semata-mata.
Saya menganggap kerjaya guru hanya sebagai pilihan terakhir sekiranya saya gagal mendapat tawaran pekerjaan lain.
SS
S
TS
STS ✓
Menunjukkan anda tidak berminat sebenar dan menjadi guru kerana terpaksa. Ini adalah antara sebab paling kerap menyebabkan calon ditolak.
Saya bersedia untuk ditempatkan mengajar di kawasan pedalaman yang jauh daripada keluarga.
SS ✓
S
TS
STS
Guru perlu bersedia berkhidmat di mana-mana sahaja di seluruh negara. Keengganan menunjukkan komitmen yang rendah terhadap profesion.
Saya gemar berinteraksi dan menghabiskan masa bersama kanak-kanak. (Ulangan tersirat soalan S1)
Ya ✓
Tidak
Soalan ini muncul semula untuk menguji ketekalan. Jawapan MESTI sama dengan S1. Jika anda tukar jawapan, algoritma akan mengesan inkonsistensi.
Kegagalan murid dalam peperiksaan mendorong saya untuk mencuba pendekatan pengajaran yang baharu.
SS ✓
S
TS
STS
Mempamerkan ciri reflektif dan growth mindset yang tinggi. Guru ideal tidak menyalahkan murid tetapi introspeksi kaedah pengajaran sendiri.
Kumpulan F — Kewarasan & Psikologi
Saya pernah mendengar suara atau bisikan yang tidak dapat didengar oleh orang lain.
Ya
Tidak ✓
Soalan ujian kewarasan mental (sanity check). Jawab Tidak dengan tegas. Ini bukan soalan tentang kepercayaan — ia menguji kesihatan psikologi anda.
Saya pernah melihat kelibat atau bayangan yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Ya
Tidak ✓
Soalan kewarasan mental yang kedua. Jawab Tidak. Guru perlu menunjukkan kesihatan mental yang stabil dan tiada halusinasi.
Masalah ponteng kelas berpunca daripada kelemahan sistem dan ibu bapa semata-mata, ia bukan tanggungjawab saya untuk membetulkannya.
SS
S
TS
STS ✓
Guru ideal tidak menyalahkan orang lain. Tanggungjawab mendidik adalah bersama — guru perlu proaktif mencari penyelesaian walaupun punca masalah bukan daripadanya.
Saya selesa menyembunyikan kesilapan mengajar daripada diketahui oleh rakan guru atau Pengetua.
SS
S
TS
STS ✓
Kejujuran dan integriti diutamakan. Menyembunyikan kesalahan menggambarkan personaliti yang defensif, tidak telus, dan tidak berintegriti.
Beban kerja sekolah sering membuatkan saya melepaskan tekanan tersebut kepada ahli keluarga di rumah.
SS
S
TS
STS ✓
Guru cemerlang tahu mengasingkan tekanan profesional daripada kehidupan peribadi. Melepaskan tekanan kepada keluarga menunjukkan pengurusan emosi yang lemah.
Bab 7
Psikologi & Helah Bela Diri
Memahami mekanisme helah bela diri membantu anda memahami bagaimana sistem menilai kematangan emosi seseorang individu apabila berhadapan dengan tekanan dan konflik.
Helah Bela Diri Aktif — Tindak Balas Luaran
Individu mengambil tindakan untuk mengubah, memindahkan, atau menyalurkan tekanan emosi ke arah lain secara aktif dan ketara.
| Mekanisme | Definisi & Contoh |
|---|---|
| Aktif Sublimasi | Menyalurkan emosi negatif ke arah aktiviti positif. Cth: Guru yang marah dengan murid menyalurkan tenaga ke arah menyediakan bahan pengajaran yang lebih baik. |
| Aktif Rasionalisasi | Mencari alasan munasabah untuk mewajarkan kesilapan. Cth: "Murid gagal sebab mereka malas, bukan kerana cara saya mengajar." |
| Aktif Pemindahan | Memindahkan kemarahan kepada orang atau objek lain. Cth: Marah Pengetua tapi lepaskan kemarahan kepada murid di kelas. |
| Aktif Projeksi | Meletakkan kelemahan diri ke atas orang lain. Cth: Guru yang malas menuduh murid tidak bersemangat belajar. |
| Aktif Pembentukan Reaksi | Bertindak bertentangan dengan perasaan sebenar. Cth: Membenci murid tertentu tetapi bersikap terlalu mesra secara berlebihan. |
| Aktif Kompensasi | Melakukan aktiviti lain untuk menggantikan kelemahan diri. Cth: Guru yang lemah akademik tapi sangat aktif dalam kokurikulum. |
| Aktif Fantasi | Mencipta khayalan untuk mengurangkan tekanan. Cth: Guru yang tidak puas hati membayangkan diri berjaya di bidang lain. |
Helah Bela Diri Pasif — Tindak Balas Dalaman
Individu memendam, menekan, atau menarik diri daripada ancaman tanpa tindakan luaran yang ketara.
| Mekanisme | Definisi & Contoh |
|---|---|
| Pasif Represi | Menekan emosi atau ingatan menyakitkan ke alam bawah sedar. Cth: Guru tidak menyedari bahawa dia berasa tertekan walaupun sering sakit kepala. |
| Pasif Penafian (Denial) | Meyakinkan diri bahawa masalah tidak wujud. Cth: "Saya tidak stres langsung" padahal jelas kelihatan tertekan. |
| Pasif Apatisme | Bersikap tidak peduli terhadap ancaman. Cth: Tidak kisah dengan keputusan murid kerana "bukan urusan saya". |
| Pasif Regresi | Kembali berkelakuan keanak-anakan apabila tertekan. Cth: Guru merajuk atau menangis apabila dipersalahkan dalam mesyuarat. |
ℹ Kepentingan Dalam Ujian
Guru yang matang menggunakan mekanisme aktif yang konstruktif (seperti sublimasi) untuk menguruskan tekanan secara produktif. Sistem e-UKCG menilai tahap kematangan emosi anda melalui corak jawapan — jawapan yang menggambarkan penafian atau pemindahan emosi akan mengurangkan skor anda.
Bab 8
Senarai Semak Persediaan
Persediaan yang baik bukan hanya tentang memahami kandungan — ia juga tentang persediaan mental, fizikal, dan teknikal pada hari ujian.
Seminggu Sebelum Ujian
- Baca semula semua bab nota ini sekurang-kurangnya dua kali
- Lakukan simulasi ujian 180 soalan di bahagian akhir e-book ini
- Fahami 30 soalan tricky dan sebab di sebalik setiap jawapan ideal
- Hafal formula lulus: Jujur + Konsisten + Berwatak Guru + Stabil Emosi
- Uji capaian internet di lokasi yang akan digunakan untuk ujian
- Pastikan peranti (komputer/laptop) berfungsi dengan baik
- Semak tarikh dan masa ujian yang ditetapkan
Sehari Sebelum Ujian
- Tidur cukup — sekurang-kurangnya 7-8 jam untuk kejelasan minda
- Elakkan membaca nota terlalu lewat malam (otak perlu rehat)
- Sediakan nombor IC dan kata laluan log masuk
- Pastikan peranti bercas penuh atau bersambung ke sumber kuasa
- Kenalpasti lokasi yang sunyi dan bebas gangguan untuk esok
- Install atau kemas kini Google Chrome/Firefox ke versi terkini
Pada Hari Ujian
- Sarapan secukupnya — otak memerlukan glukosa untuk fokus
- Log masuk 10-15 minit awal dari masa yang ditetapkan
- Tutup semua aplikasi lain — mesej, media sosial, muzik
- Buka satu tab pelayar sahaja semasa ujian
- Masukkan berat dan tinggi dengan tepat sebelum mula
- Baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan pertama
- Tarik nafas dalam-dalam, tenangkan diri, dan set minda guru ideal
- Jangan benarkan sesiapa berada berhampiran atau melihat skrin anda
⚠ Persediaan Mental Yang Paling Penting
Masuk ke dalam ujian dengan set minda: "Saya adalah seorang guru yang matang, berintegriti, sabar, dan ikhlas mahu mendidik generasi akan datang." Apabila anda benar-benar menghayati identiti ini, jawapan anda akan keluar secara semula jadi dan konsisten tanpa perlu berfikir terlalu panjang.
Tidur Cukup
+
Minda Tenang
+
Set Minda Guru
+
Jawab Spontan
=
✓ Prestasi Terbaik
Bab 9
Panduan Teknikal
Persediaan teknikal yang sempurna mengelakkan gangguan yang boleh menjejaskan prestasi anda semasa ujian. Jangan abaikan bahagian ini.
Peranti
Laptop / PC
Digalakkan. Tablet dan telefon pintar dibenarkan tetapi kurang selesa untuk 180 soalan dalam masa 45 minit.
Pelayar
Chrome / Firefox
Gunakan versi terkini. Buka satu tab sahaja. Jangan gunakan tab inkognito.
Internet
Stabil & Laju
Uji capaian sebelum ujian. Boleh dijawab di rumah, pejabat, atau kafe siber yang stabil.
Butang RESET — Had Maksimum 2 Kali
Jika berlaku gangguan teknikal (internet terputus, bekalan elektrik padam), anda boleh menekan butang RESET untuk menyambung semula. Had maksimum adalah 2 kali sahaja. Melebihi had ini akan menyebabkan anda tidak dibenarkan menyambung ujian. Butang ini akan hilang secara automatik jika semua soalan telah dijawab dalam tempoh masa.
✗ Perkara Yang Dilarang
· Menyalin, mengambil gambar, atau menyebarkan soalan (berstatus SULIT)
· Menjawab bersama orang lain atau meminta bantuan semasa ujian berlangsung
· Membenarkan orang lain melihat skrin anda semasa ujian
· Menukar tarikh ujian yang telah ditetapkan oleh sistem
· Menggunakan perisian atau alatan untuk menipu sistem
· Menjawab bersama orang lain atau meminta bantuan semasa ujian berlangsung
· Membenarkan orang lain melihat skrin anda semasa ujian
· Menukar tarikh ujian yang telah ditetapkan oleh sistem
· Menggunakan perisian atau alatan untuk menipu sistem
✓ Langkah Jika Berlaku Masalah Teknikal
1. Jangan panik — tarik nafas dan tenangkan diri
2. Semak sama ada internet masih berfungsi
3. Tekan butang RESET (ingat: had 2 kali sahaja)
4. Jika masih bermasalah, hubungi pihak KPM melalui saluran rasmi sebelum masa tamat
5. Catat masa dan jenis masalah yang berlaku sebagai rujukan
2. Semak sama ada internet masih berfungsi
3. Tekan butang RESET (ingat: had 2 kali sahaja)
4. Jika masih bermasalah, hubungi pihak KPM melalui saluran rasmi sebelum masa tamat
5. Catat masa dan jenis masalah yang berlaku sebagai rujukan
Analisis Big Five
Konstruk Big Five dalam e-UKCG
Setiap soalan dalam e-UKCG mengukur salah satu daripada lima dimensi personaliti Big Five. Memahami konstruk ini membantu anda tahu MENGAPA soalan itu ditanya dan APAKAH yang dinilai di sebaliknya.
O — Openness to Experience
Keterbukaan & Inovasi
Mengukur sejauh mana seseorang terbuka kepada pengalaman baharu, idea kreatif, dan perubahan. Guru dengan skor tinggi adalah inovatif, suka belajar, dan terbuka kepada teknologi PdP baharu seperti PAK21.
Contoh soalan yang mengukur Openness:
Saya terbuka kepada idea baharu walaupun ia berbeza daripada cara saya biasa bekerja.
Ideal: Ya / SS · Mengukur: Keterbukaan terhadap perubahan
Penggunaan teknologi terkini (ICT) dalam PdP sering menyusahkan dan membuang masa persediaan mengajar.
Ideal: Tidak / STS · Mengukur: Penolakan terhadap inovasi (skor rendah = negatif)
Kegagalan menjadikan saya seorang yang lebih tabah dan bersemangat untuk mencuba semula.
Ideal: Ya / SS · Mengukur: Growth mindset (sub-dimensi Openness)
💡 Apa yang KPM cari dalam Openness
Guru dengan Openness tinggi sentiasa mencari kaedah pengajaran terbaik, tidak takut mencuba teknologi baharu, dan melihat cabaran sebagai peluang belajar. Mereka adalah agen perubahan dalam bilik darjah.
ℹ Ringkasan Big Five untuk Guru Ideal
O tinggi — Inovatif, suka belajar, terbuka kepada perubahan ✓
C tinggi — Berintegriti, amanah, patuh prosedur ✓
E sederhana-tinggi — Kepimpinan seimbang, selesa sosial, berkeyakinan ✓
A tinggi — Empati, kerjasama, prihatin murid ✓
N rendah — Stabil emosi, tidak mudah cemas, resilient ✓
C tinggi — Berintegriti, amanah, patuh prosedur ✓
E sederhana-tinggi — Kepimpinan seimbang, selesa sosial, berkeyakinan ✓
A tinggi — Empati, kerjasama, prihatin murid ✓
N rendah — Stabil emosi, tidak mudah cemas, resilient ✓
Alat Latihan
Kad Imbas (Flashcard) Ulangkaji Pantas
20 kad imbas digital untuk ulangkaji pantas hari sebelum ujian. Klik pada kad untuk lihat jawapan dan penjelasan. Sesuai untuk ulangkaji 10 minit sebelum ujian bermula.
Kad 1 daripada 20
Klik untuk lihat jawapan ↓
Mod Latihan Pantas
Latihan 15 Saat Per Soalan
Replika kadar sebenar ujian e-UKCG. 15 soalan rawak dengan masa 15 saat setiap soalan — melatih anda untuk bertindak balas secara spontan tanpa berfikir terlalu lama. Timer akan maju automatik.
Latihan 15 Saat
15 soalan rawak · 15 saat setiap soalan · Auto-maju
15
Soalan rawak
15s
Masa per soalan
Auto
Maju sendiri
⚠ Timer akan maju ke soalan seterusnya secara automatik selepas 15 saat. Ini melatih refleks spontan anda untuk ujian sebenar.
Latihan Ikut Kategori
Fokus Kelemahan Anda
Pilih satu kategori untuk berlatih secara fokus. Sesuai untuk mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan dalam dimensi tertentu sebelum menghadapi ujian sebenar.
Simulasi Ujian
Ujian Latihan e-UKCG — 180 Soalan
180 soalan simulasi berdasarkan format ujian rasmi KPM. Bahagian A (120 soalan, Ya/Tidak) dan Bahagian B (60 soalan, Skala Likert 4 pilihan). Timer 45 minit akan berjalan selepas anda mula. Selepas selesai, semak semula jawapan anda berbanding jawapan ideal.
Simulasi e-UKCG
Sistem Psikometrik Calon Guru KPM
120
Soalan Bhg A
Ya / Tidak
Ya / Tidak
60
Soalan Bhg B
Likert 4 pilihan
Likert 4 pilihan
45
Minit masa
≈15s
Per soalan
⚠ Jawab secara jujur dan spontan. Setelah bahagian dihantar, anda tidak boleh kembali. Soalan ini adalah simulasi berdasarkan format ujian rasmi dan tidak menggantikan ujian sebenar KPM. Disediakan oleh Ts. Ruzairie Ab Rashid.
e-UKCG — Ts. Ruzairie Ab Rashid
45:00
0 / 180
Bahagian A
Soalan Ya / Tidak — 120 Soalan
Pilih Ya jika penyataan menggambarkan diri anda, atau Tidak jika tidak menggambarkan diri anda.
Bahagian B
Soalan Skala Likert — 60 Soalan
Pilih: Sangat Setuju (SS) · Setuju (S) · Tidak Setuju (TS) · Sangat Tidak Setuju (STS)
Dijawab: 0 / 180
Simulasi Selesai
0
Soalan dijawab
0
Bahagian A
0
Bahagian B